06 December 2011

Perkara-perkara Sunat Dalam Solat.

Sunat Ab'ad

Bahasa :  Ab'ad berasal daripada perkataan ba'ad yang bermaksud sebahagian atau setengah.

Syarak :  Sunat ab'ad adalah semua perbuatan dalam solat yang jika ditinggalkan secara tidak sengaja atau sengaja disunatkan ditampung dengan sujud sahwi di akhir solat atau selepas solat.

Sunat-sunat Ab'ad
  • Tasyahud awal
  • Selawat keatas Nabi
  • Duduk untuk membaca Tasyahud awal
  • Bacaan Qunut

Cara melakukan sujud sahwi

1.  Berniat melakukan sujud sahwi
2.  Dihujung solat sebelum memberi salam
3.  Tempoh selepas salam- jika terlupa sujud sebelum salam, bolehlah
     sujud selepas memberi salam dengan syarat tidak terlalu lama. 
4.  Anggaran tempoh- dikira lama selepas salam ialah sekadar boleh
     mendirikan solat sunat dua rakaat yang ringan.
5.  Bilangan sujud- dilakukan sebanyak dua kali
     sujud dan pada kedua-dua sujud tersebut hendaklah dibaca tasbih yang
     bermaksud:
                        "Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa."






Sunat Hai'at

Bahasa :  Adalah kata nama jamak daripada perkataan hai'ah yang bermaksud sifat sesuatu benda.

Syarak :  Hai'at ialah sunat-sunat dalam solat yang tidak mengapa jika ditinggalkan dan tidak disunatkan menampungnya dengan sujud sahwi.

Sunat-sunat Hai'at.
  • Mengangkat kedua-dua belah tangan ketika takbiratulihram, ketika rukuk dan bangun daripadanya.
  • Meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri ketika berdiri.
  • Melihat tempat sujud.
  • Membaca doa iftitah.
  • Membaca isti'azah selepas doa iftitah.
  • Membaca dengan suara yang kuat di tempat-tempat tertentu.
  • Membaca dengan perlahan di tempat-tempat tertentu.
  • Mengaminkan bacaan Al Fatihah.
  • Membaca mana-mana surah Al Quran selepas Al Fatihah.
  • Mengucapkan Takbir ketika berpindah dari rukun ke rukun yang lain.
  • Bertasbih ketika rukuk dan sujud.
  • Meletakkan kedua-dua tangan di atas paha ketika membaca tasyahud awal dan akhir.
  • Duduk tawaruk dan duduk iftirasy
  • Membaca selawat Ibrahimiyyah
  • Memberi salam yang kedua.
  • Sentiasa khusyuk sepanjang solat.

No comments:

Post a Comment