Waktu solat adalah piawai bagi masyarakat muslim seluruh dunia. Terutama bagi solat fardhu, awktunya ditetapkan mengikut peredaran matahari dan bukan mengikut selang masa yang tetap. Hal ini disebabkab faktor geografi, bentuk bumi, kecondongan paksi bumi dan peredaran bumi dalam orbitnya yang berbentuk elips. Oleh itu waktu solat boleh berubah mengikut pertukaran musim disebabkan perbezaan kadar siang dan malam.
Waktu Solat Fardhu
Solat Zohor - bermula dari gelincir matahari dari kedudukan tengah langit hingga bayang-bayang suatu benda menyamai panjangnya. Secara umumnya, zohor bermula apabila bayang-bayang sudah cenderung ke arah barat.
Solat asar - Bermula apabila sesuatu bayang objek melebihi kepanjangan sebenar sehingga matahari mula terbenam. Haram menta'khirkan atau melewatkan solat asar sehingga tinggal waktu yang tidak sempat untuk dikerjakan.
Solat Maghrib - bermula apabila matahari terbenam (hilang bentuk bulatan) hingga hilang cahaya kemerahan di kaki langit. Bagi kawasan atau negeri yang tidak hilang cahaya tersebut (kawasan seperti kutub), maka dikira kadar apanjang atau tempoh yang sama bagi kawasan atau negeri yang berhampiran yang mengalaminya.
Solat Isyak - bermula apabila hilang cahaya merah di kaki langit hingga terbit fajar sidiq. waktu isyak adalah waktu yang paling lama iaitu sepanjang malam.
Solat Subuh - bermula dari naik fajar sidiq sehingga terbit matahari atau dikenalai sebagai Syuruk.
Waktu Solat Sunat
Tidak semua solat sunat mempunyai waktu tertentu melainkan beberapa solat sunat. Waktu-waktunya adalah mengikut kelaziman waktu solat Nabi Muhammad s.a.w. Antara solat sunat yang dilakukan mengikut waktu tertentu ialah :
- Solat dhuha - dilakukan ketika waktu matahari baru naik (mengikut sesetengah pendangan ulama' pada ketinggian segalah atau tujuh hasta).
- Solat hari raya - dilakukan di waktu pagi hari raya yang pertama bagi kedua-dua jenis hari raya dan lazimnya dilakukan pada waktu Dhuha iaitu matahari baru naik (mengikut pandangan sesetengah ulama' pada ketinggian segalah).
- Solat terawih - dilakukan pada waktu Isyak (lazimnya dilakukan selepas solat Isyak sebelum kemunculan waktu imsak).
- Solat sunat gerhana - dilakukan pada waktu gerhana (matahari dan bulan) berlaku.
- Solat sunat rawatib - dilakukan sebelum dan selepasardhu. Tidak semua solat mempunyai kedua-dua solat sunat.
- Solat sunat tahajjut - dilakukan dic waktu tengah malam selepas waktu tidur.
Waktu Haram Solat Sunat
- Waktu selepas solat subuh hingga terbit matahari
- Waktu mula terbit matahari (syuruk) hingga matahari berada di kedudukan pada kadar segalah (hasta).
- Waktu rambang (zawal, istiwa, rembah) atau tengahari (matahari tegak) hingga gelincir matahari kecuali hari jumaat.
- Waktu selepas solat asar hingga matahari kekuningan.
- Waktu matahari kekuningan hingga matahari terbenam.
No comments:
Post a Comment