SOLAT
SOLAT : Talian Langsung Antara Hamba dengan Allah
Selepas Syahadah, solat adalah paksi utama yang menjadi tonggak keimanan seorang mukmin. Siapa sahaja boleh bersaksi dengan kalimah syahadah untuk menjadi seorang Muslim, tetapi hanya orang beriman sahaja sanggup menurut perintah Allah untuk melakukan solat semata-mata untuk-Nya.
Firman Allah SWT :
Maksudnya : Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh dan mengerjakan solat serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala disisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan ( tidak berlakunya sesuatu yang tidak baik ) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.
(Surah al-Baqarah 2:277)
Berdasarkan firman Allah SWT ini dapat kita fahami bahawa hanya orang yang beriman dan soleh sahaja mendirikan solat. Tanpa iman, mustahil seorang itu sanggup bersusah payah mengerjakan kewajipan yang amat berat ini. Contohnya seseorang itu sanggup membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji di Mekah setiap tahun, tetapi dia mungkin tidak berupaya mengerjakan solat lima waktu dengan sempurna.
TAKRIF
Bahasa:
Solat dalam bahasa Arab bermaksud doa atau mengemukakan permohonan.
Syarak:
Solat ialah perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang dimulakan dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat yang khusus.
- Perkataan yang merupaka rukun dalam solat:
* Takbiratulihram
* Membaca Al Fatihah
* Tasyahud akhir
* Selawat ke atas Nabi
* Salam yang pertama
- Perbuatan yang merupakan rukun dalam solat:
* Berdiri betul
* Rukuk
* Iktidal
* Sujud
* Duduk antara dua sujud
* Duduk pada rakaat akhir
* Tertib
- Pekerjaan hati yang merupakan rukun solat
* Niat iaitu perbuatan hati
DALIL_DALIL
Al-Quran
* Firman Allah SWT yang bermaksud:
Maka dirikanlah solat dan tunaikan zakat serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah, Dialah pelindung kamu. Maka ( Allah yang demikian sifatNya ). Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi Pertolongan.
(Surah al-Hajj 22:78)
Al-Hadis
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Islam itu dibina atas lima perkara, iaitu syahadah bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, haji dan puasa Ramadhan".
Oleh itu, solat lima waktu ini adalah kewajipan ke atas semua orang yang mukallaf. Sesiapa yang menyatakan tidak wajib, dia dihukum sebagai kafir. Sebaliknya, sesiapa yang mengakui dan mengetahui kewajipannya tetapi meninggalkannya kerana malas, dia akan mendapat dosa dan fasik.
HIKMAH SOLAT
* Tingkat perasaan Ubudiyah
Meningkatkan perasaan ubudiyah kepada Allah kerana ksibukan manusia dengan urusan dan tanggung jawab duniawi kadangkala menyebabkan kita alpa siapa diri kita yang sebenarnya.
* Bertaubat
Masa untuk manusia bertaubat kepada Allah SWT daripada dosa dan kesalahan yang mereka lakukan sehari semalam. secara sedar atau tidak, kita melakukan pelbagai dosa setiap hari.
Oleh itu solat yang dilakukan secara berterusan boleh membantu membersih dosa-dosa ini dan menyucikan hati mereka daripada kecenderungan kepada maksiat.
* Makanan Aqidah
Solat lima waktu bertindak sebagai pengisian atau makanan yang berterusan kepada akidah dan keyakinan kita kepada Allah. Dengahn makanan dan bekalan yang mencukupi, iman dan akidah akan menjadi lebih kuat.
* Bersihkan diri
Membersihkan diri daripada kekotoran lahiriah dengan mengambil wuduk atau tayamum.
* Pengurusan Masa
Mengajar manusia tentanng pengurusan masa dan peka kepada perubahan waktu.
* Kesihatan Fizikal
Pergerakan rukun solat yang menggunakan seluruh anggota badan fizikal seumpamam senaman kepada kita.
* Menutup Aurat
Melahirkan rasa malu kepada Allah SWT dengan menutup aurat dengan sempurna.
* Latihan Kepimpinan
Melatih sifat kepimpinan dan menghormati pemimpin apabila melaksanakan solat secara berjemaah.
No comments:
Post a Comment