18 November 2011

Perkara Yang Membatalkan Solat

1.  Berhadas besar atau kecil
2.  Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit yang memberi faham
     atau ketawa
3.  Makan atau minum dengan sengaja
4.  Melakukan pergerakan diluar rukun solat 3 kali berturut-turut
5.  Berniat keluar daripada solat (mufarakah)
6.  Terkena najis yang tidak dapat dimaafkan pada badan, pakaian
     dan tempat
7.  Beralih arah dari kiblat (berpaling dada)
8.  Terbuka aurat dengan sengaja atau tidak sengaja tetapi tidak
     segera ditutup
9.  Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain
10.Meninggalkan rukun solat
11.Murtad


Kusyukkah kita ketika bersolat

17 November 2011

Hukum Solat

Syarat Wajib Solat
  • Islam
  • Baligh
  • Berakal
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Selamat daripada salah satu deria sama ada pendengaran atau penglihatan. Solat tidak wajib bagi orang yang buta atau pekak.
  • Sampai seruan islam. Solat tidak wajib bagi mereka yang tinggal terpencil dan tidak menerima seruan Islam
Syarat Sah Solat


  • Suci daripada hadas kecil dan besar
  • Suci dariapada tubuh badan, pakaian dan tempat daripada najis yang tidak dimaafkan.
  • Yakin masuk waktu.
  • Menutup aurat
  • Mengadap kiblat

15 November 2011

Pembahagian air dan Wuduk

Walaupun air dari sudut sains boleh dikategorikan kepada beberapa jenis, namun ulama' feqah membahagikan air kepada enpat jenis berdasarkan kemampuannya menghilangkan hadas

1. Air Mutlak
  • Air yang bersih sifatnya dan boleh digunakan untuk kegunaan biasa, membersihkan yang lain dan sah digunakan untuk mengangkat hadas. 
2. Air Mustakmal
  • Air yang telah digunakan. Air yang bersih untuk kegunaan biasa tetapi tidak boleh digunakan untuk mengangkat hadas.
    3. Air Mutanajis
    • Air yang bercampur dengan najis. Air ini tidak bersih dan memudaratkan untuk kegunaan biasa dan tidak sah digunakan untuk mengangkat hadas atau bersuci.
    4. Air Musyammas
    • Air di dalam bekas besi yang terdedah kepada cahaya matahari. Air ini bersih yang boleh digunakan untuk kegunaan biasa dan mengangkat hadas, tetapi makruh menggunakannya.

    Sumber Air Mutlak

    a.  Air yang turun daripada dari langit:


    1.  Air Hujan

    2. Salji

    3.  Air Embun


    b.  Air yang terbit dari tanah:

    1.  Air Sungai

    2.  Air laut

     3.  Air Mata air

    4.  Air Telaga / Perigi

    5.  Air Paip


    WUDUK

    Bahasa:  Diambil daripada perkataan Al Wadda'ah yang bermaksud kebaikan dan kebersihan.

    Syarak:  Wuduk ialah penggunaan air yang suci pada anggota-anggota yang tertentu.

    Rukun Wuduk
    • Niat wuduk
    • Membasuh seluruh muka
    • Membasuh tangan dari hijung jari hingga ke siku
    • Menyapu sebahagian kepala
    • Membasuh duya kaki hingga ke buku lali
    • Tertib

    Sunat-sunat wuduk
    • Membaca basmalah
    • membasuh tangan hingga ke pergelangan tangan
    • Berkumur-kumur
    • Istinsyaq - iaitu memasukkan air ke lubang hidung
    • Menyapu seluruh kepala 
    • Bersugi / bersiwak
    • Menyelat janggut yang tebal
    • Menyelat jari-jari tangan
    • menyelat jari-jari kaki
    • Menyapu bahagian luar dan dalam telinga
    • Membasuh atau menyapu anggota-anggota wuduk sebanyak 3 kali
    • Mendahulukan yang kanan daripada yang kiri ketika membasuh tangan dan kaki
    • menggosok anggota yang dibasuh dengan tangan
    • Membasuh anggota wuduk secara berturut-turut tanpa selang terlalu lama (muwaalat)
    • Tidak berlebihan ketika menggunakan air hingga menyebabkan pembaziran
    • Menghadap ke arah kiblat ketika berwuduk kerana ia adalah arah yang paling mulia
    • Tidak bercakap-cakap ketika berwuduk
    • Membaca tasyahud selepas selesai berwuduk dan berdoa.

     Sama-sama kita dengar lagu ini...












        04 November 2011

        Pengajaran dan Pembelajaran

        SOLAT



        SOLAT : Talian Langsung Antara Hamba dengan Allah

        Selepas Syahadah, solat adalah paksi utama yang menjadi tonggak keimanan seorang mukmin. Siapa sahaja boleh bersaksi dengan kalimah syahadah untuk menjadi seorang Muslim, tetapi hanya orang beriman sahaja sanggup menurut perintah Allah untuk melakukan solat semata-mata untuk-Nya.
        Firman Allah SWT :


        Maksudnya : Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh dan mengerjakan solat serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala disisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan ( tidak berlakunya sesuatu yang tidak baik ) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.
                                                                                                                         (Surah al-Baqarah 2:277)

        Berdasarkan firman Allah SWT ini dapat kita fahami bahawa hanya orang yang beriman dan soleh sahaja mendirikan solat.  Tanpa iman, mustahil seorang itu sanggup bersusah payah mengerjakan kewajipan yang amat berat ini. Contohnya seseorang itu sanggup membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji di Mekah setiap tahun, tetapi dia mungkin tidak berupaya mengerjakan solat lima waktu dengan sempurna.

        TAKRIF


        Bahasa:
        Solat dalam bahasa Arab bermaksud doa atau mengemukakan permohonan.


        Syarak:
        Solat ialah perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang dimulakan dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat yang khusus.


        -  Perkataan yang merupaka rukun dalam solat:
        *  Takbiratulihram
        *  Membaca Al Fatihah
        *  Tasyahud akhir
        *  Selawat ke atas Nabi
        *  Salam yang pertama

        -  Perbuatan yang merupakan rukun dalam solat:
        *  Berdiri betul
        *  Rukuk
        *  Iktidal
        *  Sujud
        *  Duduk antara dua sujud
        *  Duduk pada rakaat akhir
        *  Tertib

        -  Pekerjaan hati yang merupakan rukun solat
        *  Niat iaitu perbuatan hati


        DALIL_DALIL

        Al-Quran
        *  Firman Allah SWT yang bermaksud:

        Maka dirikanlah solat dan tunaikan zakat serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah, Dialah pelindung kamu. Maka ( Allah yang demikian sifatNya ). Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi Pertolongan.
        (Surah al-Hajj 22:78)



        Al-Hadis

        Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
         "Islam itu dibina atas lima perkara, iaitu syahadah bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, haji dan puasa Ramadhan".

        Oleh itu, solat lima waktu ini adalah kewajipan ke atas semua orang yang mukallaf. Sesiapa yang menyatakan tidak wajib, dia dihukum sebagai kafir. Sebaliknya, sesiapa yang mengakui dan mengetahui kewajipannya tetapi meninggalkannya kerana malas, dia akan mendapat dosa dan fasik.


        HIKMAH SOLAT

        * Tingkat perasaan Ubudiyah
        Meningkatkan perasaan ubudiyah kepada Allah kerana ksibukan manusia dengan urusan dan tanggung jawab duniawi kadangkala menyebabkan kita alpa siapa diri kita yang sebenarnya.

        * Bertaubat
        Masa untuk manusia bertaubat kepada Allah SWT daripada dosa dan kesalahan yang mereka lakukan sehari semalam. secara sedar atau tidak, kita melakukan pelbagai dosa setiap hari.
        Oleh itu solat yang dilakukan secara berterusan boleh membantu membersih dosa-dosa ini dan menyucikan hati mereka daripada kecenderungan kepada maksiat.

        * Makanan Aqidah
        Solat lima waktu bertindak sebagai pengisian atau makanan yang berterusan kepada akidah dan keyakinan kita kepada Allah.  Dengahn makanan dan bekalan yang mencukupi, iman dan akidah akan menjadi lebih kuat.

        *  Bersihkan diri
        Membersihkan diri daripada kekotoran lahiriah dengan mengambil wuduk atau tayamum.

        *  Pengurusan Masa
        Mengajar manusia tentanng pengurusan masa dan peka kepada perubahan waktu.

        *  Kesihatan Fizikal
        Pergerakan rukun solat yang menggunakan seluruh anggota badan fizikal seumpamam senaman kepada kita.

        *  Menutup Aurat
        Melahirkan rasa malu kepada Allah SWT dengan menutup aurat dengan sempurna.

        *  Latihan Kepimpinan
        Melatih sifat kepimpinan dan menghormati pemimpin apabila melaksanakan solat secara berjemaah.